//Chocolate Strawberry
I Love Islam
Wednesday 7 August 2013 | 06:39 | 0 ♥ Sweet Candy

Ilmu Penyuluh Kehidupan
Tuesday 6 August 2013 | 07:05 | 0 ♥ Sweet Candy

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


Selamat  sejahtera.
Dah lama tak online blog ni. Dah berdebu.
Nasib baik la tak berkarat sebagainya.
baiklah, tak nak merepek-meraban lagi.
Based on the title "ILMU PENYULUH KEHIDUPAN",

Ilmu merujuk kepada semua pengetahuan atau kebenaran berkenaan sesuatu perkara bersumberkan daripada para Rasul dan diturunkan oleh ALLAH S.W.T. serta alam ciptaanNYA yang merangkumi aspek lahiriah dan batiniah.

Ilmu dalam Islam terbahagi kepada dua:
1) Ilmu  Fardhu  Ain
-yang wajib dipelajari oleh setiap insan.
-Misalnya, cara beribadat, perkara halal dan haram dalam perspektif Islam dan sebagainya.
2) Ilmu  Fardhu  Kifayah
-tidak wajib dipelajari oleh semua insan tetapi, hanya sebahagian insan dalam umat Islam.
-Misalnya, perubatan, kejuruteraan, perindustrian

Ilmu penting untuk setiap umat. Kepentingannya adalah, ia dapat membina sesuatu ummah dan membentk pembangunan sesuatu tamadun.
Dalam Islam pun, ayat pertama yang diturunkan oleh Allah SWT berkaitan dengan Islam.

Bismillah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
A001
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),
A002
Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
A003
Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, -
A004
Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -
A005
Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
A006
Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya),
A007
Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya.
A008
(Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmu lah tempat kembali (untuk menerima balasan).
A009
Adakah engkau nampak (baiknya) orang yang melarang (dan menghalang) -
A010
Seorang hamba Allah apabila ia mengerjakan sembahyang?
A011
Adakah engkau nampak (buruknya) jika ia berada di atas jalan yang betul? -
A012
Atau ia menyuruh orang bertaqwa (jangan melakukan syirik)?
A013
Adakah engkau nampak (terlepasnya dari azab) jika ia mendustakan (apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad kepadanya) serta ia berpaling ingkar?
A014
Tidakkah ia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)?
A015
Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika ia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam neraka), -
A016
Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah.
A017
Kemudian biarlah ia memanggil kumpulannya (untuk menyelamatkannya),
A018
Kami pula akan memanggil malaikat Zabaniyah (untuk menyeksanya)!
A019
Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya, dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)!


Hadis Nabi SAW yang bermaksud:
Tuntutlah ilmu dari buaain hingga ke liang lahad Menuntut ilmu adalah satu kewajipan terhadap setiap orang Islam.

Menurut Hadis, Rasulullah S.A.W.:
“Sesungguhnya malaikat-malaikat sentiasa menurunkan sayapnya (sebagai memuliakan dan menghormati) penuntut ilmu agama kerana mereka suka dan bersetuju dengan apa yang penuntut itu lakukan.” Abu ad-Darda’ r.a

So, banyak bukti-bukti yang Islam itu  amat mementingkan ilmu dalam diri setiap umat. Kita perlulah berusaha merebut ilmu. Sesungguhnya, ilmu itu amat dan terlalu penting untuk manusia belajar mengenali Allah SWT selaku penciptaNya.

Akhir kata, kalau kita tak sanggup menahan lelahnya belajar, maka kita terpaka terima kebodohan kan? So fikir-fikirkanlah.


I LOVE ISLAM.



♥ Disclaimer ♥





 ASSALAMUALAIKUM WBT. MIMI AZLINA AND YOU CAN CALL ME MIMI. FRIENDS AND FELLAS ALMOST WELCOME. HELP ME TO KEEP IN TOUCH WITH DAKWAH ISLAMIAH OKAY. *IF YOU ARE NON-MUSLIM, DONT SHY, JUST CHAT WITH ME. :) //MIMI AZLINA BLOG
^^ Allah SWT syg sbb tu Dia uji.

♥ Tagboard ♥



awak COMEL! Tegur saya sini!



♥ Credito ♥

Re-Edit by : //MIMI AZLINA RAZALI
Applause : THEM HELP & THEM GOODIES


ALL GOODIES ARE "NOT MINE". BIG CLAP FOR tHEM.